suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Memey Suhaiza mahu bawa bapa tunai umrah selepas pemergian ibu

Memey (kanan) berhasrat membawa bapanya menunaikan umrah.

PELAKON Memey Suhaiza mengambil keputusan membawa bapanya menunaikan umrah selepas pemergian ibu tercinta, Norlela Abdul Rahman pada 28 Oktober lalu.

Memey atau Suhaiza Suhaimi, 38, berkata meskipun pernah beberapa kali membawa kedua-dua ibu bapanya ke Tanah Suci sebelum ini, perjalanan kali ini pasti berbeza tanpa kehadiran insan yang selama ini menjadi teman hidup bapanya.

Menurut Memey, dia berharap bapanya diberikan kekuatan untuk menghadapi kehilangan isteri yang sudah sekian lama menjadi teman dalam setiap urusan kehidupan.

Memey kehilangan ibu pada 28 Oktober lalu.

"Doakan abah saya kuat walaupun tahu ia sangatlah tidak mudah. Terus buat keputusan bawa abah sama untuk umrah.

"Sebelum ini dah berapa kali bawa mak abah (umrah), kali ini walaupun suasananya berbeza.

"Kami akan selalu ada bahagiakan abah," katanya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Norman Hakim kongsi khabar duka, ibu Memey Suhaiza meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Memey Suhaiza 'hint' Norman Hakim, luah hasrat tambah tiga anak sebelum umur 40 tahun

Memey berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam pada itu, Memey mengakui bukan mudah untuk menerima hakikat pemergian ibunya yang merupakan perkara paling ditakuti selama ini.

Bagaimanapun, dia perlu menguatkan semangat demi meneruskan kehidupan selain melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang masih ada.

Ujar Memey, bapanya menjadi antara sumber kekuatan untuk dia terus tabah menghadapi ujian tersebut.

"Perkara yang paling saya takut dah pun berlaku. Tak mudah tapi tetap kena kuat.

Memey perlu terus kuat untuk menjaga bapanya.

"Masih ada amanah dan tanggungjawab yang perlu dijaga. Diberi kekuatan adalah abah.

"Sebab hidup abah betul-betul mak, dari kecil sampai besar maklah kawan, teman, berkepit ke mana-mana selalu berdua bersama," katanya.

Pada 28 Oktober lalu, suami Memey iaitu pelakon Norman Hakim berkongsi berita duka memaklumkan ibu mentuanya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.49 pagi di Hospital Kota Tinggi, Johor akibat serangan strok.

Artikel Lain